PRU15 | Kerjasama dengan Tun M belum tentu bawa sokongan Melayu- Rafizi

2022-10-31 0

Kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad belum tentu dapat membawa sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Beliau yang ditemu bual Malaysiakini mendakwa, berdasarkan data, bekas Perdana Menteri itu tidak membawa undi orang Melayu untuk gabungan itu pada pilihan raya sebelum ini.